Lebih 2 tahun aku belajar di Fakulti Perakaunan.
Baru hari ini aku sedar.
Ya, hari ini baru aku sedar.
Bahawa aku belajar di bawah satu bumbung dengan rakan lama ku.
Rakan yang telah aku tinggalkan 14 tahun lalu.
Rakan sekolah ketika di sekolah dahulu.
Severn Infant School, Cardiff adalah tempat kami menuntut ilmu.
Mengapa baru hari ini aku perasan?
Ouh, sungguh kejam sekali diriku ini.
Setelah 14 tahun tidak berjumpa, aku sangat kagum dengannya.
Kagum kerana dia mampu mengingati segala kenangan dahulu.
Tanpanya, mungkin hingga hari ini aku masih juga tidak sedar bahawa dunia ini kecil.
Aku hanya mampu mengingati Ms. Gabriel yang aku penah libas nya dahulu.
Melibasnya dengan jaket jeansku dan mencalarkan tangannya sehingga luka.
(Hisyyy..kecik2 lagi da pndai jd gangster. MasyaAllah)
Dan juga yang aku mampu ingat adalah Mrs. Ansell.
Mengapa?
Kerana dia cantik bagiku.
Alex,
I will never forget the day where you were trying to kiss me.
Luckily, my leg ran faster than you.
and a big appreciation to the bell because you rang at the exact time.
You save my life from being kissed by Alex.
Mesti lawakkan kalau dapat jumpa Alex ni.
Die pun mesti ketawakan aku.
Bercerita pasti tak ingat dunia.
Hanya satu impianku.
Mahu menjejakkan kaki ke sekolah itu semula.
Mahu berjumpa dengan Kathy dan Lucy dan Alex dan juga Syed.
Mahu berjumpa dengan Mrs. Morris, Ms. Gabriel dan juga Mrs. Ansell.
Jadi, apa yang perlu ku lakukan adalah dengan berusaha sebaik mungkin untuk menjejakkan kaki semula di bumi United Kingdom. Mereka pasti tersenyum bangga melihatku. =)
2 comments:
Fatin & Alex sitting on a tree, K.I.S.S.I.N.G! Kecik-kecik dah gatal ehh.. Anyway, Ibu pegang sapa tuh? Your dad muka garang eh. Cuak kejapp.
hahah...ibu pegang achik a.k.a baby a.k.a ahnaf..heheh..ayah nampak garang eh?? kiki... alx tu yg gatal semacam.. =D
Post a Comment