Sudah lama tidakku menjejakkan jari-jemari ku ke laman web ini.
Cerita ku kosong. Kosong seperti tin kosong.
10hb tarikh keramat bagi semua orang tetapi tidak bagiku.
Aku tidak mahu melihatnya berulang kali memandangkan hasilnya tidak mencapai tahap yang memuaskan. Jadi kawan-kawan, tak payah lah tanya pasal benda tu langsung eh walaupun belum keluar lagi bendanya.
Sedang aku asyik membuat kerja, tetibe kepala ku tersengguk-sengguk. Puas aku mengacau orang lain tapi tak jalan juga. Terpaksa la juga buka laman web ni semate-mate untuk menghilangkan rasa kemengantukan. Nak buka facebook pon tak leh. Nak buka pape entertainment pon tak leh. Akhirnya kesini jua lah aku pergi.
Jam hampir menunjukkan pukul 1 tengahari. Sebentar lagi aku akan ke SSM. Haaaa..bosan sungguh. Harap-harap tak payah lah kene tunggu lame macam semalam. Aku juga berharap supaya semua maklumat yang aku mahu akan berada di dalam tanganku sebelum jam 5.
Senang-senang kang aku print je semua. Maklumlah semalam baru gune RM27. Ade lagi RM173 untuk ku memborong segala maklumat syarikat. Macam shopping ape je.
Kerja lagi satu ni entah bila lah nak siap. Benci betul US ni banyak sangat U nye..tak termampu dah aku nak wat. Gara-gara ngantuk pon sebabkan US ni lah jugak. Terpaksa berjage sampai kol 5 pagi. Awatla hang punye U tak banyak macam U kat NZ..senang sikit kerjaku. Go, chaiyok!!!
Hujung minggu ni pulak ibu ayah nak balik kampung. Mau ikut ke tak eh?? sebab ARI nak pegi picnic. Tapi ibu dah bagi kelulusan nak pegi jalan-jalan Sabtu ni. Tapi Ija tak de. tak bestnye!!!
Minggu depan pon seminggu Ija tak masuk ofis. Haaaa...bakal kebosanan. Ayah cuti minggu depan. Boleh lah memandu ke tempat kerja ngan sesuke hati. Yay!!
Kemengantukan dah hilang, jadi aku nak sambung lagi sikit ngan US ni, dan berangkat pergi solat dan ke PAS. Kak Ros, balik kang orang belikan Kak Ros Donut Durian from Big Apple eh. Tunggguuuuu......
Layout blog ku pon dah bertukar. Terima kasih Kak Farra bagi laman web nie. heheh. Rajin-rajin la melawat blog Kak Farra ni. die wat business online. http://www.grabsomestuff.blogspot.com/
Sekian, Wassalam.
3 comments:
hee..cantik layoutt br!
kerja elok2 yaa :)
Waa.. sowie.. x dpt nak ikot g jln2 n tmn kn fatin next week.. lau windu t sms ajelah eak?? =) t8 care..
zira: baik zira, nnt jgn lupe tgk mv sme2 taw...
ija: xpe laa..at least my iron is there watching wut u're doing..hahhaha..hv fun there!! =)
Post a Comment