Pada suatu hari, nak dijadikan cerita..
Ketika aku sampai sahaja di Multi Level Parking UiTM, aku ternampak sebuah kereta putih (kereta idamanku) sedang mencari tempat untuk memarkir keretanya juga. Banyak kereta pada hari itu dan semuanya sudah memenuhi ruangan kosong yang disediakan. Jadi, aku memarkir di hadapan kereta orang lain sedangkan dia memarkir di tempat yang betul.
Ketika sedang memanjat bukit menara SAAS, aku mendapati yang mereka yang menaiki kereta putih itu juga mengikuti jejak langkah ku untuk ke PTAR. Ku sangkakan yang mereka ingin ke kelas, rupanya tidak. Aku berjalan menaiki tangga PTAR, terdetik juga dihatiku 'Eh, mamat-mamat ni pun belajar kat sini juga ke?' Lalu aku terus menghantar SMS kepada rakanku yang sudah lama berada di PTAR tentang kehadiran mereka. Malang sekali mereka belajar di Aras 3 dan aku di Aras 4.
Setibanya di meja belajar, aku menceritakan tentang pertemuan aku dengan mereka pada rakan-rakanku. Mereka mula-mula tidak mempercayai dan kemudiannya mereka mempercayai sehingga sekarang.
Hahah, ko dah kena tipu ngan aku macip..aku x pernah cakap pon ngan mamat tu..borak pon jauh sekali..cakap dalam mimpi ngan die adalah..heheh..jangan marah yerrr..yang jalan beriringan pun x jugakk..die jalan belakang aku adalah..haha..lepas ni, tukar la tempat, belajar kat tempat lain pula eh..hahahaa..
Ikhlas dari kawan ko yang suke menipu.. =)
No comments:
Post a Comment