Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Sejujurnya aku tidak pernah sesekali menghayati bait-bait lirik sesebuah lagu itu tetapi lagu Warisan oleh Allahyarham Sudirman yang penuh dengan mesej ini mampu membuatkan hatiku tersentuh.
Rangkap pertama menceritakan tentang tanah air kita yang tercinta dimana kita dilahirkan, tempat kita menimba ilmu, dan juga tempat kita mencari rezeki sehinggalah ke generasi akan datang.
Rangkap yang kedua pula mengisahkan tentang apa yang terjadi sekiranya negara kita sendiri dijajah oleh orang lain? Maka, hilanglah Melayu di tanah air, merempat kita di negara sendiri. Mahu kah kita melihat generasi kita dan yang akan datang seperti itu?
Rangkap ketiga pula tentang kehidupan kita di negara kita. Bebas melangkah kemana-mana.
Rangkap keempat boleh dihuraikan sebagai kita, bangsa Melayu era baru, berjuanglah mempertahankan tanah air kita dengan rela hati. Sanggupkah anda melihat tanah air kita diperkotak-katikkan? Lihat sahaja Lagu Negaraku Ku yang dinyanyikan oleh bangsa cina.
Rangkap yang terakhir, janganlah hanya duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Kotakan lah janji kita supaya hidup kita dan generasi akan datang aman dan makmur.
Menghadiri program berkaitan kenegaraan tidak pernah memberikan ku kesan yang positif. Semuanya bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Program Destini Kenegaraan adalah program yang dapat memberi kesedaran yang mendalam tentang negara kita yang sedang diancam.
Teori R.A.H.M.A.N memang sangat menepati dimana ia menunjukkan 6 pemimpin-pemimpin kita di Malaysia semenjak kemerdekaan pada tahun 1957 hingga sekarang ini. Apakah pula nasib kita selepas tamatnya pemerintahan Datuk Seri Najib Razak? Siapakah pemimpin yang seterusnya?
Mungkinkah peristiwa pada tahun 1511 akan berulang sekali lagi pada tahun 2011?
Jagalah negara kita. Sayangkanlah negara kita sendiri kerana Melayu dan Bumiputera sekarang hanya bergantung kepada hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan juga bahasa kebangsaan kita sendiri. Tanpa semua ini, hilanglah Melayu di tanah air sendiri.
Pesanan buat rakan-rakan yang sudah berumur lebih daripada 21 tahun, pergilah mendaftar sebagai pengundi dan undilah pemimpin anda sendiri kerana hak memilih ada pada tangan anda sendiri. Jangan marahkan orang lain jika pemerintahan jatuh pada tangan orang lain tetapi marahkan diri sendiri jika anda adalah salah seorang yang tidak menjalankan amanah yang diberi.
Semoga, sedikit sebanyak ini dapat membantu rakan-rakan menyedari bahawa pentingnya kita mempertahankan tanah air kita daripada dipegang oleh orang lain. Terima kasih.
Destini, BANGSAKU!!!

No comments:
Post a Comment