Thursday, November 18, 2010

Zaman silam terimbau kembali

Tepat jam 12.30 tengah hari pada 12/11/2010 tibanya aku di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling..the best Kem PLKN in Selangor.

Masuk je dorm, teringat zaman sekolah dulu. Rindu tak terkira. Katil dan almari bersusun sederet. Lantai licin dan bersih. Same goes to their toilet.

Aku pasang cadar, dan tegangkan. Dalam dorm tu, cadar aku paling tegang. Tak kisah la nak turun pergi surau pun aku tegangkan jugak. Towel, aku tak sangkut kat luar almari yang macam orang lain buat.

Cakap pasal surau, sekali pun aku tak pernah solat dalam dorm. Tiap-tiap kali masuk waktu aku akan cuba datang awal. Benda ni aku tak pernah buat masa kat asrama. Sekarang baru terasa nak jadi budak baik. Haha. Aku sanggup bangun awal pagi semata-mata nak solat subuh berjemaah. Aku orang first bangun dalam dorm tu sementelah orang lain sibuk dibuai mimpi-mimpi indah mereka.

Novel tak dapat dipisahkan. Nasib aku bawak novel, kalau tak memang mati kutu la. Yang mana takde bahan bacaan, nota-nota dalam fail yang dapat dijadikan bahan bacaan. Itu pun apa benda sangatlah yang ada.

Kesimpulannya, duduk asrama ni memang memberi banyak pengajaran dan pengalaman termasuk yang pahit dan manis.

I miss SEPINTAR ='(

Sunday, November 14, 2010

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Sejujurnya aku tidak pernah sesekali menghayati bait-bait lirik sesebuah lagu itu tetapi lagu Warisan oleh Allahyarham Sudirman yang penuh dengan mesej ini mampu membuatkan hatiku tersentuh.

Rangkap pertama menceritakan tentang tanah air kita yang tercinta dimana kita dilahirkan, tempat kita menimba ilmu, dan juga tempat kita mencari rezeki sehinggalah ke generasi akan datang.

Rangkap yang kedua pula mengisahkan tentang apa yang terjadi sekiranya negara kita sendiri dijajah oleh orang lain? Maka, hilanglah Melayu di tanah air, merempat kita di negara sendiri. Mahu kah kita melihat generasi kita dan yang akan datang seperti itu?

Rangkap ketiga pula tentang kehidupan kita di negara kita. Bebas melangkah kemana-mana.

Rangkap keempat boleh dihuraikan sebagai kita, bangsa Melayu era baru, berjuanglah mempertahankan tanah air kita dengan rela hati. Sanggupkah anda melihat tanah air kita diperkotak-katikkan? Lihat sahaja Lagu Negaraku Ku yang dinyanyikan oleh bangsa cina.

Rangkap yang terakhir, janganlah hanya duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa. Kotakan lah janji kita supaya hidup kita dan generasi akan datang aman dan makmur.

Menghadiri program berkaitan kenegaraan tidak pernah memberikan ku kesan yang positif. Semuanya bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Program Destini Kenegaraan adalah program yang dapat memberi kesedaran yang mendalam tentang negara kita yang sedang diancam.

Teori R.A.H.M.A.N memang sangat menepati dimana ia menunjukkan 6 pemimpin-pemimpin kita di Malaysia semenjak kemerdekaan pada tahun 1957 hingga sekarang ini. Apakah pula nasib kita selepas tamatnya pemerintahan Datuk Seri Najib Razak? Siapakah pemimpin yang seterusnya?

Mungkinkah peristiwa pada tahun 1511 akan berulang sekali lagi pada tahun 2011?

Jagalah negara kita. Sayangkanlah negara kita sendiri kerana Melayu dan Bumiputera sekarang hanya bergantung kepada hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan juga bahasa kebangsaan kita sendiri. Tanpa semua ini, hilanglah Melayu di tanah air sendiri.

Pesanan buat rakan-rakan yang sudah berumur lebih daripada 21 tahun, pergilah mendaftar sebagai pengundi dan undilah pemimpin anda sendiri kerana hak memilih ada pada tangan anda sendiri. Jangan marahkan orang lain jika pemerintahan jatuh pada tangan orang lain tetapi marahkan diri sendiri jika anda adalah salah seorang yang tidak menjalankan amanah yang diberi.

Semoga, sedikit sebanyak ini dapat membantu rakan-rakan menyedari bahawa pentingnya kita mempertahankan tanah air kita daripada dipegang oleh orang lain. Terima kasih.

Destini, BANGSAKU!!!

Thursday, November 11, 2010

I will write when I think I wanna talk

This few days..really makes me feel bad..

Straight after my last paper, vrooosshhhh...off I go to Penang and get back home at 1.00am.
Feel sorry for ayah because he drove from Melaka to Shah Alam and fetch me and straight to Penang and back to Shah Alam back. He spent half of his day in the car. Driving all the way from south to north. I offered him once, twice, thrice..badly, Ibu was there, she was very afraid if others drive the car. Maybe we will drive like crazy..like teens always do.

Sunday..What did I do on Sunday? Perhaps tidying up the house..Oh, can't remember well.

Monday, got myself in my room watching Grey's Anatomy and How I Met Your Mother. Other than that? Oh, sleeping all day since my house was sparkled by the electric wire. No fan, no light, waiting for my uncle to come and repair.

Tuesday, having an appointment with the person in-charge for the Auditorium and meeting with the sponsors regarding conference hall, exhibition booth and also the dinner hall.

Wednesday, finished up with the backdrop and also poster for gala night since I was being asked to promote Gala Night. Owh, I can't find any caption that may attract people. I posted it in the group, and suddenly comment comes in. People commenting about my poster. I really didn't feel good at this time where I spent half of my days doing things that I wasn't supposed to do it, and suddenly people criticizing on my work. I am mad.

Today, my classmates are going to sit for their last paper at 9am, and I need to go to UiTM early in the morning just to settle all the unsettle things. Also having a meeting at 1pm and followed by my meeting after the grand meeting. Sorry friends, I'm not going to KLCC after the meeting.

Tomorrow, preparing myself for a camping at Kem PLKN Kerling. Its hard for me to keep away from camping because I love recreation things. I miss my school days. I wanna turn the time back so that I can be in my school back. I wanna go camping and have fun all the time without thinking of how hard being a university's student.

I'm back on Sunday, hope I can make it before night comes.